in

Inilah sebenarnya kenapa kita perlu berniaga.

Kenapa anda perlu berniaga? Ramai ibubapa menggalakkan anak-anak mencari duit sendiri dengan berniaga.
Semasa di universiti atau kolej, anda boleh berniaga secara sampingan seperti di Ebay, Etsy, Fiverr dan Amazon.
Kenapa saya sebut nama-nama antarabangsa? Walaupun anda berada di ceruk mana pun, asalkan ada internet sudah boleh menjual di seluruh dunia.

Apa kelebihan berniaga?

Merdeka Kewangan
Bila kita jadi peniaga, kita ada peluang untuk dapat duit lebih banyak daripada jadi pekerja biasa. Rasai hasil dari titik peluh sendiri nikmat dia berbeza dari makan gaji.

Fleksibiliti
Peniaga boleh atur masa kerja sendiri. Nak kerja bila, kat mana, macam mana, semua kita yang tentukan.
Banyangkan kita buat dropship. Semasa hadiri kenduri kahwin pun kita boled close sale.

Tingkat Kemahiran Peribadi
Menjalankan perniagaan boleh bantu tingkatkan jati diri. Kita menjalani proses kemahiran kepimpinan, membuat keputusan, dan menyelesaikan masalah. Tak kurang juga segala urusan berkaitan kerajaan seperti LHDN, Kastam (jika buat import export), SSM dan lain-lainya. Proses mematangkan diri ini pada mulanya membuatakan anda rugi banyak. Jiwa peniaga kental. Rugi sikit, kita buat untung balik selepas itu.

Kepuasan Kerja
Ramai peniaga yang rasa puas hati dengan kerjaya mereka. Kitakan ada duit, kerja picisan yang remeh kita boleh orang selesaikan. Lebih menguntungkan bila kita ada rangkaian dan kawan-kawan yang saling membantu. Pastikan pilih kawan yang berlainan bidang perniagaan. Ali pemborong jambu, Jamal offer Ali lori untuk Ali angkut ke customer dia. Ataupun, Asmi jual daun ketapang di Ebay, dia ambil order dari makcik kepada Jamilah ( Jamilah pengusaha biskut). Jamilah kenal orang yang boleh supply daun ketapang, dia berikan kepada Asmi. Indahnya ber”networking”

Disegani
Orang yang berniaga selalunya menjadi bualan dan pujian dari saudara-mara atau sahabat andai. Jika kita berniaga secara “bersih” keberkatan dan akan di pandang lebih tingga oleh masyarakat. Sebahangian wang yang diperolehi wajib disalurkan kepada masyarakat semula supaya ekosistem setempat menjadi lebih sentosa.

What do you think?

Written by Hamidiah Zulkefli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Azizan Osman – Bagaimana Kita Mulakan Hari Kita Akan Menentukan….

Azizan Osman diiktiraf sebagai Akauntan Bertauliah oleh Institut Akauntan Malaysia